Friday, 22 February 2013

Pertemuan Kedua: Team Hijrah Negeri Sembilan


Assalamualaikum.

Salam Hijrah semua !


Alhamdulillah, tanggal 10 Februari yang lalu, pertemuan yang menghimpunkan beberapa putera dan puteri dari dalam dan luar Negeri Sembilan berjaya dilaksanakan. Ini merupakan Pertemuan kedua Team Hijrah : Negeri Sembilan, setelah pada kali pertama 24 November 2012 yang lalu. Walaupun ini merupakan pertemuan kedua di Negeri Sembilan, tahap kehadiran semakin meningkat. Alhamdulillah.


Secara ringkasnya, agenda yang diketengahkan ialah Perbincangan Aktiviti THN9. Insya-Allah, beberapa perancangan telah dirancang, antaranya:

1) Kem ibadah di sekolah (Ahli Team Hijrah bertindak sebagai fasilitator)

2) Lawatan ke rumah anak yatim (Program anak angkat)
3) Menziarahi Dato' Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
dan beberapa perkara lain.

Di sebelah petangnya pula, diadakan slot Muslimat. Khusus untuk muslimah yang hadir pada pertemuan tempoh hari. 



Dua orang Ahli THN9 bertindak sebagai Naqibah, Quraishah dan Nabila. Antara yang diperbincang adalah tentang jihad melawan nafsu dalam konteks 'couple' dan tentang aspek menutup aurat 

---sebarang update akan ditambah---

Website Team Hijrah dilancarkan !


Dipetik dari Facebook Team Hijrah.

Klik Gambar.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran ke hadrat Illahi kerana website rasmi #TeamHijrah sudah berjaya disiapkan dan sudah dilancarkan. Kami jemput sahabat2 TeamHijrah untuk datang dan membaca karya2 yang telah kami muatkan di website tersebut. http://teamhijrah.my/

Jika ada sebarang komen atau pandangan tentang website tersebut, boleh emailkan ke teamhijrah@gmail.com atau msg di page ini dengan klik https://www.facebook.com/messages/teamhijrah.my

Share dan like jika anda suka akan website ini :)

Tuesday, 19 February 2013

Muslimah yang baik





Muslimah yang baik akan selalu menjaga auratnya sehingga tidak mudah dilihat bahkan disentuh oleh orang yang belum halal baginya.Tubuh akan semakin berharga bila dibalut dengan pakaian taqwa kerana ia sebaik-baik dan seindah-indah pakaian. Awalnya mungkin sulit bagi kita untuk memakainya karena tidak terbiasa. Tapi kalau tidak dimulai dari sekarang bila lagi?

Erti dari berjilbab ( menutup aurat bagi wanita ) adalah mengenakan pakaian yang longgar, tidak ketat, tidak tipis dan panjang sampai menutup mata kaki. Selain baju, kita harus memakai tudung yang menutup kepala,telinga, leher dan dada.

Firman Allah,
" .... Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya...." ( QS. An-Nur :31).

Saturday, 9 February 2013

Kelebihan Bertudung Labuh

.



Assalamualaikum.

Entri express.

"Mengapa saya bertudung labuh?"

Easy, ada banyak kelebihannya:-

1. Bila kita cinta pada Allah, kita akan ikut suruhan Allah. Allah suruh kita patuh tutup aurat bila dah baligh. Jadi, pakai tudung labuh ni menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga.

2. Orang selalu kata, nampak macam panas sahaja pakai tudung labuh-labuh. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan. Malahan, terasa nyaman sahaja dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

3. Semestinya, bila kita ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala. Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, insyaAllah.

4. Sejuk mata memandang. Qurratu 'A'yun. Sejuk di mata dan di hati. Sekaligus label solehah tu ditampalkan sekali pada mereka yang bertudung labuh sempurna. Tidak hairan bila ada yang sampai labelkan sebagai ustazah. Mereka layak untuk itu. Sebab faham, agama Islam mesti tutup aurat. Faham ilmu agama. Jika dah faham ilmu agama, sampaikanlah. Baru real ustazah.

5. Bila dah tutup aurat, bukan sahaja sejuk di mata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah. InsyaAllah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap anda.

6. Ya. Siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung labuh dan menutup aurat dengan sempurna? Ini bonus tambahan yang kamu dapat bila lakukan yang Allah suruh.

7. Ikut kata al-Quran bererti ikut syariat Allah. Syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya. Bererti, kita bukan sahaja sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Tahniah.

8. Siapa kata hanya telekung solat sahaja boleh digunakan untuk bersolat. Tidak. Pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.

9. Kita sentiasa mahu orang hormat kita. Tapi jika kita tak hormat diri kita dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat kita? Jadi, bertudung labuh ini boleh mendidik diri supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati, nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri kita.

10. Seterusnya, menyihatkan badan. Dari segi kesihatan pula, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga warna kulit, mengelakkan dari debu dan kuman dan sebagainya. Anda lebih arif dari saya dari segi kedoktoran.

11. Malu itu bunga iman. Dengan menutup aurat dan bertudung labuh, bererti kamu masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadap diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjaga bab aurat.

12. Secara tak langsung, bertudung labuh dan berakhlak mulia insyaAllah menarik perhatian orang lain untuk mencintai Islam. Menjadi suatu cabang dakwah dengan perbuatan. Besarnya pahala bila niat untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

13. Mereka yang bertudung labuh, layak dijadikan isteri. Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika dia dah terbuka hati pakai tudung labuh, bererti dia mudah menerima nasihat agama. Orang yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah orang yang terbaik untuk dijadikan isteri.

14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa. Taqwa bermaksud takut pada Allah. Dia pakai kerana takutkan Allah, bererti dia sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli Syurga.

15. Bukan nak tunjuk baik. Ya, bila kita pakai dengan ikhlas bermakna kita bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung labuh ni, kebanyakannya nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk jadi orang baik? Tidak. Orang yang memperbaiki dirilah yang dinanti-nanti oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah ( kebun-kebun Syurga ).

Kesimpulan, sila teruja untuk bertudung labuh.

dipetik dari laman blog: Selamat Tinggal

Monday, 10 December 2012

Pertemuan Pertama: Team Hijrah Negeri Sembilan

Assalamualaikum.

Salam Hijrah semua !



Alhamdulillah, tanggal 24 November yang lalu, sebuah pertemuan yang menghimpunkan beberapa putera dan puteri Negeri Sembilan berjaya dilaksanakan. Ini merupakan Pertemuan pertama Team Hijrah : Negeri Sembilan. Ini pertemuan pertama di Negeri Sembilan, jadi tahap hebahan itu mungkin kurang menyerlah. Maka, kehadiran kami kali ini melibatkan 11 orang anak muda sahaja.

Secara ringkasnya, dalam pertemuan tersebut membincangkan halatuju TeamHijrah Negeri Sembilan untuk tahun 2012 dan 2013. Maka, antara aktiviti yang bakal dijalankan adalah:

Pinjam Tag TeamHijrah Pertama. ^_^
Street Dakwah Peringkat Negeri Sembilan

dan

Menziarahi Rumah Orang Tua-tua atau Rumah Anak Yatim.

Insya-Allah, doakan agar semua yang dirancang dapat dilaksanakan sebaiknya tahun 2013. Di bawah ini pula, gambar AJK TeamHijrah : Negeri Sembilan 2012/2013.


Ahli Jawatankuasa THN9 boleh dilihat pada page AJK 12/13 di bawah header blog. :)

Di akhir pertemuan, Pengerusi THN9 memberi pesanan dan motivasi agar ukhuwah kita sentiasa erat seperti sebuah keluarga (usrah) dan beliau memberi penekanan terhadap usaha berdakwah kepada semua dengan istiqamah. :)

It does not matter how slowly you go, so long as you dont stop.
Sekian, untuk berita THN9 pertama. Semoga pertemuan berikut bakal dirancang ! ^_^

Salam Hijrah buat semua !

Short Entry: Erti Hijrah


Hijrah berasal daripada kata kerja hajara (هجر) yang bermaksud meninggalkan, memutuskan atau keluar dari sebuah negeri ke negeri yang lain.

Manakala dari segi istilah pula hijrah bermaksud meninggalkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik atau meninggalkan keburukan untuk menjadi yang lebih baik.

“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” 
(HR. Abu Dawud)

Diantara perbuatan yang dikaitkan dengan hijrah adalah TAUBAT NASUHA. Ini kerana, erti taubat nasuha itu sendiri hampir sama dengan makna hijrah iaitu menyesal dengan sebenar-benar penyesalan di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi. Taubat dengan sebenar-benar taubat dan seterusnya berubah untuk menjadi yang lebih baik.

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Aas, Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya;
“Sesungguhnya hijrah ada dua unsur. Satu daripadanya ialah kamu meninggalkan kejahatan dan kedua kamu berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan tidak terputus hijrah selagi taubat diterima. Taubat akan terus diterima sehingga matahati terbit dari barat."
(HR. Ahmad)